Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.dat]/[i.ba.dat] | عبادة

Definisi : Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya; mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat; peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat: dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.dat]/[i.ba.dat] | عبادة

Definisi : segala amalan baik yg dilakukan (yg wajib, yg sunat atau yg digalakkan) dan segala pengekangan diri drpd melakukan perkara yg terlarang sama ada yg haram atau yg makruh, semata-mata kerana Allah: Sembahyang itu ialah ~ yg utama dlm agama Islam. beribadat melakukan ibadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibadat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan amal, amalan, bakti, khidmat;,
Kata Terbitan : beribadat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
العبادة المحضةibadat mahḍaṯAgama IslamFiqhIbadat yang semata-mata merupakan ibadat, contohnya, sembahyang dan puasa.
التوثيقpenetapan waktuAgama IslamFiqhPenetapan waktu bagi sesuatu ibadat tertentu. Contohnya, ibadat haji.
العبادة البدنيةibadat badaniyyṯAgama IslamFiqhIbadat yang dilakukan dengan anggota badan. Contohnya, sembahyang.
العبادة الماليةibadat māliaṯAgama IslamFiqhIbadat yang ditunaikan dengan menggunakan harta. Contohnya, zakat.
العبادة غيرمحضةibadaṯ bukan maḥḍatAgama IslamFiqhIbadat yang bukan khusus dengan Allah tetapi ada unsur manfaatnya kepada manusia lain. Contohnya, zakat.
عبادةibadaṯAgama IslamFiqhPengabdian diri kepada Allah.
place of worshiptempat ibadatKesenianTiadaTiada
cellacellaKesenianTiadaRuang tersorok di bahagian dalam rumah ibadat Yunani Lama yang mengandungi patung dewa.
altaraltarKesenianTiadaTempat pemujaan dan pendupaan yang terdapat dalam gereja dan rumah-rumah ibadat yang lain.
altaraltarKesenianSeni BinaRuang utama yang disediakan untuk tujuan pemujaan di dalam rumah ibadat atau rumah kediaman. Ruang ini digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti tempat berucap, menyembah, memuja atau upacara keagamaan yang lain.
123

Kembali ke atas