Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ib.lis] | ابليس

Definisi : kepala segala syaitan, makhluk jahat (yg kerjanya menghasut manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah Allah); digoda ~ hilang pertimbangan; perangainya macam ~ terlalu jahat (suka mengganggu orang); keiblisan (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ib.lis] | ابليس

Definisi : makhluk halus yg menghasut manusia supaya mengingkari perintah Allah (berbuat jahat dll): Janganlah saudara menurut hawa nafsu oleh hasutan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iblis
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :hantu


Pantun

PantunSumberTema
Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari hujan hati menangis, Hendak duduk lantainya basah; Laki setan bininya iblis, Tegak beramuk duduk berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ya Allah malikul rahman, Anakku ini berilah beriman; Amal ibadah minta kuatkan, Syaitan iblis minta jauhkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas