Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ib.nu] | ابن

Definisi : Ar ibni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ib.nu] | ابن

Definisi : anak lelaki kpd; bin: Umar ~ al-Khattab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibnu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
إبن لبونibnu labūnAgama IslamFiqhAnak unta yang umurnya masuk tahun ketiga.
إبن الاءبنibnu ibniAgama IslamFiqhCucu lelaki daripada anak lelaki.
إبن الخالibnu khalAgama IslamFiqhAnak lelaki bapa saudara sebelah ibu.
إبن الإختibnu ukhtiAgama IslamFiqhAnak lelaki daripada saudara perempuan.
إبن الخالةibnu khalaṯAgama IslamFiqhAnak lelaki emak saudara sebelah ibu.
إبن العمibnu ‘ammiAgama IslamFiqhAnak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa atau sebapa (sepupu).
إبن العمةibnu ‘ammaṯAgama IslamFiqhAnak lelaki emak saudara sebelah bapa.
hagiographyhagiografiKesusasteraanTiada, termasuk juga tentang legenda yang menyangkut kehidupannya. Contoh: Hikayat Ibrahim Ibnu Adham, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan cerita-cerita tentang Nabi Khidir.
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud �cerita-cerita sejarah�, atau haka bermaksud �menceritakan, mewartakan dan memberitahu. � Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman.
political philosophyfalsafah politikSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza.

Kembali ke atas