Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.bu] | ايبو

Definisi : 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.bu] | ايبو

Definisi : ; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.bu] | ايبو

Definisi : 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Ibu kapur di lembah paya,
     Tebang balam di cuaca redup;
Sirih sekapur persembahan saya,
     Minta disimpan seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Kecil dikandung ibu,
     besar dikandung adat,
mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unmarriedadj tdk berkahwin: ~ mothers, ibu-ibu yg tdk berkahwin; she remained ~, dia tetap tdk berkahwin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cluckvi 1. make sound of a hen, berketak-ketak, berketuk-ketuk, berketuk-ketak: the frightened hens ~ed and squawked, ibu-ibu ayam yg ketakutan itu berketak-ketak dan berkeok-keok; 2. talk in a way that shows disapproval, becok merungut; 3. fuss, bersibuk-sibuk; (in direct speech), /katanya, berkata/ dgn becok: stop ~ing like a mother hen, janganlah bersibuk-sibuk sangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maternityn 1. motherhood, status ibu, menjadi ibu: ~ suits her, status ibu sesuai baginya; she did not feel ready for ~, dia rasa tdk bersedia utk menjadi ibu; 2. (attrib), [various translations]: a ~ dresKamus Inggeris-Melayu Dewan
nursevt 1. take care of like a nurse, merawat: she ~d her husband back to health, dia merawat suaminya sehingga pulih; 2. suckle, menyusui: the mothers were advised to ~ their babies, ibu-ibu dinasihati supaya menyusui anak mereka; 3. cradle, hold lovingly, membelai: the little girl ~d the kitten, budak perempuan itu membelai anak kucing; 4. take special care of, membelai: to ~ the rare and delicate plants, membelai tanaman yg sukar didapati dan susah hidup; 5. foster, menaruh: to ~ hopes of reconciliation, menaruh harapan agar dapat berdamai semula; for years she ~d a grudge against me, bertahun-tahun dia menaruh dendam thdp saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prepare2. accustom(so.) to an idea, change, etc, membuat persediaan: problems sometimes arise for young mothers who have suddenly taken on jobs without preparing their offspring for the change in home life, masalah akan timbul bagi ibu-ibu muda yg hendak bekerja kalau mereka tdk menyediakan anak-anak mereka utk menghadapi perubahan dlm kehidupan di rumah; 3. (meal) menyediakan, memasak: she spent the whole afternoon preparing the dinner, dia menghabiskan masa sepanjang petang itu menyediakan makanan malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filialadj of, due from__ son, daughter, /thdp, kpd/ ibu bapa: ~ piety, ketaatan thdp ibu bapa; ~ affection, kasih sayang thdp ibu bapa; ~ duty, kewajipan thdp ibu bapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
motherlyadj (expressing feelings like those of a mother) seorang ibu; (resembling a mother) spt (seorang) ibu: a ~ kiss, ciuman seorang ibu; I am lucky to have a ~ landlady, saya bernasib baik krn tuan rumah saya spt seorang ibuKamus Inggeris-Melayu Dewan
isolationn 1. state of being, a. (cut off from other people, places, etc) keterasingan: the ~ of city life, keterasingan hidup di kota ; b. (alone, lonely) kesepian, kesunyian, (keadaan) /terasing, terpencil/: unwed mothers who live a miserable life in ~, ibu-ibu yg tdk berkahwin yg hidup dlm kesedihan dan kesepian; 2. act, process of, a. (causing so. to be cut of from others because of disease) pengasingan: ~ is the only method of controlling the spread of the disease, pengasingan ialah satu-satunya cara utk mengawal merebaknya penyakit tersebut; ~ ward, wad pengasingan; b. (alienating) pemulauan; c. (separating from other substances) mengasingkan: the ~ of a cancer cell, pengasingan sel kanser;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
motherM~ took me to the dentist, ibu membawa saya berjumpa dgn doktor gigi; 3. motherly feelings, perasaan seorang ibu: the crying child appealed to the ~ in her, anak yg sedang menangis itu membangkitkan perasaan seorang ibu yg adaKamus Inggeris-Melayu Dewan
parental adj ibu bapa: ~ responsibilities, tanggungjawab ibu bapa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas