Salam sejahtera, saya mempunyai pertanyaan tentang penggunaan huruf besar bagi kata ganda penuh dalam tajuk/judul buku. Contoh: Ibu-ibu yang Tersayang / Ibu-Ibu yang Tersayang. Yang manakah betul? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Ibu-ibu yang Tersayang. | Ejaan | 19.04.2023 |
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih. | 1. ibu bapa-ibu bapa 2. markah | Tatabahasa | 07.08.2014 |
Saya dan ibu Ibu dan saya Yang mana lebih tepat? Yang kurang tepat itu adakah salah? | 1. Saya dan ibu 2. Ibu dan saya Kedua-dua frasa di atas betul. | Tatabahasa | 09.07.2023 |
1. Ali membuang sampah ke / di dalam tong sampah. 2. ibu murid-murid atau ibu-ibu murid | 1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ibu murid | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Bolehkah 'engkau' digunakan ketika bercakap dengan ibu? Adakah betul lirik 'jingle' iklan berikut: "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku" | Perkataan engkau tidak sesuai digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu kerana dalam budaya dan adab sopan, kita diajar supaya menggunakan bahasa yang baik dan halus terutama apabila bercakap dengan ibu, orang yang dihormati. Dalam lirik lagu yang dikemukakan ini, penggunaan engkau adalah betul dari aspek tatabahasa tetapi tidak sesuai dalam konteks kesantunan berbahasa. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa". | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja. | Tatabahasa | 12.12.2012 |
Assalam, saya nak bertanya tentang kata ganda majmuk "ibu-ibu bapa" sama ada betul atau tidak? terima kasih | Cara untuk menggandakan kata majmuk ibu bapa ialah ibu bapa-ibu bapa. Penggunaan yang lebih kerap ialah ibu bapa para pelajar. | Tatabahasa | 13.04.2021 |
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. | Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." | Tatabahasa | 22.05.2017 |
Yang manakah betul? 1. patuh kepada ibu /patuh pada ibu 2. Frasa ibu bapa merujuk kepada dua orang atau satu kumpulan? | 1. Frasa yang betul ialah "patuh kepada ibu". 2. Frasa ibu bapa merujuk kepada satu entiti, iaitu ibu atau bapa. | Tatabahasa | 07.10.2012 |