Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah); keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Jangan meludah ke langit.

Bermaksud :

Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IBU BAPA ANGKAT UMUM 
IBU BAPA UMUM 
KACUKAN

Kacukan ialah anak kepada ibu bapa yang

berlainan bangsa, jenis atau spesies.

UMUM 
EUGENIK

Eugenik ialah kaedah untuk meningkatkan baka

dengan memilih ibu bapa berdasarkan ciri warisan

UMUM 
NSPCC

NSPCC ialah sebuah pertubuhan British yang

membantu kanak-kanak dan ibu bapa yang

mempunyai masalah yang mempengaruhi

keluarga mereka. Ia secara rasminya dinamakan

National Society for the Prevention of Cruelty to

Children. Persatuan ini merupakan persatuan

sukarela (dibiayai hanya oleh derma dan aktiviti

pengutipan derma). Ia mengendalikan kira-kira 65

pasukan yang mengandungi pakar perlindungan

kanak-kanak di England, Wales, dan Ireland Utara.

UMUM 
PYRAMUS DAN THISBE

Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih

dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup

berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi

ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka

tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul

sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap

melalui rekahan dinding di antara rumah mereka.

UMUM 
APOLLO

Apollo adalah tuhan utama dalam mitologi Yunani

dan Rom. Dalam mitologi Yunani, dia adalah anak

Zeus – raja segala tuhan – dan dewi Leto. Dewi

Artemis adalah saudara kembarnya. Dalam mitologi

Rom, ibu bapa Apollo ialah Jupiter dan Latona, dan

kembarnya ialah Diana.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI

ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MURUT

ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah ‘barian’ (hantaran sampai mati) atau ‘barian’ kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya.

 

BUDAYAKonsep
KOMPLEKS OEDIPUS

Kompleks Oedipus, suatu konsep yang

digunakan dalam psikoanalisis, merupakan

keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk

mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya

daripada ibu bapa yang bertentangan jantina.

UMUM 
123

Kembali ke atas