Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n id: the ego and the ~, ego dan id. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata id


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka risalah bagi syarikat telekomunikasi di dalam bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu pada Istilah 'local ID'.Bolehkah menggunakan terjemah 'ID Local' atau istilah 'ID Tempatan'Istilah yang digunakan ialah ID Tempatan.Istilah29.06.2011
What does Id stands for in dbp's takrif ? Example for a word bajingan, its takrif is 'Id penjahat, pencuri'. So what Id stands for? Thank you for your hard-work, sir.Untuk makluman Id merupakan kependekkan bagi Indonesia, yang bermaksud perkataan tersebut berasal dari perkataan Indonesia. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman li.Istilah25.11.2015
ID Pengguna : themahen92@yahoo.com En.Sulaiman, Kemari saya telah menghantar satu permohonan baru, tetapi permohonan itu telah hilang dari Senarai Permohonan(Sila Rujuk Kepada Lampiran) dan juga permohonan sebelum ini juga telah hilang dari senarai tersebut. Saya juga telah membuat permohonan baru hari ini, tetapi tidak berjaya untuk dihantar, semasa saya click butang hantar, ia terus Log-out. Harap Encik dapat membantu saya dalam perkara tersebut. Sekian terima kasih. Mahen.Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi.Lain-lain24.05.2017
ID Nai SAT 13:16 ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan Saya, Nur Asrina Idris, Mahasiswa Tahun 3 dari Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Komunikasi Profesional dan Media ingin mengetahui jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia ada menawarkan penempatan latihan praktikal industri (internship). Program latihan praktikal industri (internship) tersebut adalah salah satu program yang dikelolakan oleh Universiti Brunei Darussalam bagi pelajar Tahun 3. Program tersebut akan diadakan selama 14 minggu bermula bulan Februari/Mac 2017. Besarlah harapan saya jika pihak Tuan dapat memberikan jawapan dalam masa terdekat. Sekian, Terima kasih.Segala program yang berkaitan dengan latihan industri dan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Ketua Bahagian Tuan Haji Abang Padeli bin Abang Muhi, e-mel apam@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479000/01/02.Lain-lain07.01.2017
Padanan Perkataan1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa27.08.2014
user id i sekarang tidak boleh membuat permohonan baru. ada kah perubahan di profile saya? sila email i : jackycheng_ce@yahoo.comTuan,

Sistem yang tuan guna ini ialah sistem Khidmat Nasihat Bahasa untuk pertanyaan bahasa dan sastera, sekiranya tuan ingin mengesahkan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479691/9400/9100/9300.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.06.2017
Assalamualaikum... 1. Apakah yang dimaksudkan kata Indonesia (id) yang menjadi entri dalam Kamus Dewan 2. Berapakah anggaran jumlah kata Indonesia yang diserap masuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?1. Id dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kependekan untuk Indonesia.  Entri yang mempunyai tanda Id bermaksud entri tersebut berasal daripada bahasa Indonesia.
2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Kamus dan Perkamusan Melayu, Noresah Baharom et.al (Bab 8, muka surat 139). Buku ini diterbitkan oleh DBP.
Lain-lain20.02.2013
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan
2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID
3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi
Istilah08.03.2016
Salam, Terma "Face ID" sebaiknya di terjemahkan Bahasa ialah "Pengesan Wajah" ? Atau ada terma yang lebih elok. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan Face ID. Perkataan Pengesan Wajah boleh digunakan sebagai cadangan awal.Penyemakan dan penterjemahan07.12.2017
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas