Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.da.man] | ايدامن

Definisi : hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.da.man] | ايدامن

Definisi : apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
idam
Kata Terbitan : mengidam, mengidamkan, idaman,

Puisi
 

Taman lipur di Pulau Tioman,
     Rumput kering lepas ditajak;
Terpisah sudah dara idaman,
     Runtuhlah tiang tempat berpijak.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) perkataan yang sinonim dengan 'idaman' contohnya Kolej IDAMAN anda. 2) perkataan yang sinonim dengan 'unggul'. Contoh ayat seperti 'kami UNGGUL dalam bidang kejuruteraan.1. Perkataan yang paling sesuai dalam ayat tersebut ialah impian.  2. Perkataan yan sesuai dalam ayat tersebut ialah terbaik.Makna06.01.2010
durian/ pengalaman/ idamandu.rian/ i.da.manLain-lain30.07.2008
Tuan, Ayat cakap pindah di bawah adalah betul atau salah? 1. Dia berkata bahawa kulit muka yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Terima kasih.Bentuk ayat cakap pindah "Dia berkata bahawa kulit muka yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita" adalah betul.  Walau bagaimanapun puan tidak melampirkan contoh cakap ajuknya untuk kami padankan.Tatabahasa08.11.2016
Apakah maksud 'kubur tanpa nisan' dalam konteks ayat ini: 'idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan?Contoh ayat yang diberikan tidak lengkap, walau bagaimanapun, “kubur tanpa nisan” merupakan sejenis kiasan, iaitu ibarat. Jika dilihat pada konteks ayat, idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan”  boleh membawa pengertian "sesuatu yang diimpikan atau impian yang akan musnah tanpa ada sebarang tanda atau petunjuk".Makna06.05.2020
KEDAI GUNTING RAMBUT IDAMANUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain16.07.2014
Mak Jah sedang menawar-nawar gadis idaman anaknya untuk dijadikan menantu. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI, HARAPLAH MUNSYI BERIKAN NASIHAT. TKPerkataan menawar-nawar tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Tatabahasa16.04.2012
membantu bina rumah andamembantu membina rumah idaman andaTatabahasa10.02.2009
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ?1. Menghasilkan produk farmaseutikal  secara  konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan.  

2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 
3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 
4. Menggunakan Teknologi Terkini.
5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir.
6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan.
7. Kualiti adalah tangungjawab semua.
8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat.

Tatabahasa05.09.2014
Jika Snow White disamakan dengan Puteri Salji, maka apakah terjemahan yang sesuai untuk Prince Charming? Adakah cukup dengan istilah Putera Raja?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah Putera Idaman.Lain-lain15.01.2021
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda.

Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof.

Pak Ngah Balik

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Ahailah nampak bercahaya

Nampak bercahaya dengan serinya

 

Janganlah abang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Janganlah abang

Janganlah abang berhati bimbang

 

Hai adik pergi

Adik pergi tidaklah lama

Tidaklah  lama

 

Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'

 

 
Lain-lain26.03.2010
12

Kembali ke atas