ideal society | masyarakat idaman | Sejarah | Tiada | Tiada |
utopian | utopia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu keadaan yang mustahil untuk dicapai terutamanya mengenai suatu bentuk masyarakat yang ideal. Keadaan ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Walau bagaimanapun masyarakat yang ideal ini sukar dibentuk dalam realiti. Ciri-ciri utama masyarakat ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan secara bersama. Pemikiran sosialisme utopia ini dibentuk berasaskan idea ini. Seorang pendukung idea ini ialah Thomas Moore. |
utopianism | utopianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia. |
hackneyed | klise | Kesusasteraan | Puisi | Pengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. . |
frustration | kekecewaan | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan emosi negatif yang muncul dalam diri individu apabila keinginan untuk mencapai sesuatu yang diingini disekat. Halangan yang boleh menimbulkan kekecewaan boleh dibahagikan kepada dua sumber. Punca luaran kekecewaan biasanya merupakan keadaan luar diri individu yang boleh menghalang kemajuannya untuk mencapai suatu matlamat. Contohnya, penolakan peminangan yang menghalang individu mendapatkan gadis idaman untuk dijadikan isteri. Punca kekecewaan ini biasanya ialah kelambatan, kegagalan, penolakan atau kehilangan. Satu lagi punca kekecewaan adalah bersifat peribadi seperti individu yang gemuk biasanya tidak dapat menjadi pelari pecut atau tidak dapat memiliki pasangan yang diidamkan sebagai suami atau isteri. |