Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déal] | ايديال

Definisi : (idéal) 1. (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dgn yg dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki, dsb), unggul: tempat yg ~ utk berkelah; pasangan yg ~; 2. wujud dlm fikiran sahaja, impian; mengidealkan menganggap (memandang) sesuatu sbg yg ideal: dia memperlihatkan kesalahan anggapan orang yg ~ sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.déal] | ايديال

Definisi : /idéal/ 1 yg dianggap sempurna (paling sesuai): Morib sudah tidak lagi menjadi tempat yg ~ utk perkelahan. 2 terdapat hanya dlm khayalan atau konsep (berlawanan dgn kenyataan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ideal
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :unggul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Restoran Ideal Menu Group Sdn. Bhd.

 Makluman, untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).

Lain-lain05.06.2017
Konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amannya. Tuan/Puan,saya nak tanya kata sendi nama ‘untuk’ tidak sesuai digunakan di sini atau betul digunakan?Kata sendi nama "untuk" sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2021
Saya ingin bertanya jika perkataan "baru" masih boleh diterima penggunaannya. Contohnya untuk memperkenalkan satu produk baharu. Ia mungkin tidak ideal kerana kita telah pun diperkenalkan dengan ejaan "baharu", tetapi adakah ia masih boleh digunakan? Terima kasih.Kamus Dewan memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggunakan baru atau baharu. Ia dianggap sebagai variasi. Manakala buku Tatabahasa Dewan pula membahagikan baru dan baharu kepada dua kelas kata yang berbeza. Baru ialah kata bantu, seperti ayat "Dia baru sampai ..."; dan baharu pula ialah kata adjektif, seperti ayat "Buku Tatabahasa Dewan terbitan baharu ...". Cadangan kami untuk penggunaan umum, tuan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan kata baru atau baharu, namun untuk tujuan peperiksaan lebih baik membezakan penggunaan kedua-dua kata tersebut mengikut fungsinya.Tatabahasa18.10.2018
apakah yang dimaksudkan dengan delinkuen dan utopia?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, utopia ialah masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin dapat diwujudkan). Delin kuen pula ialah bersikap melanggar undang-undang (yg tidak serius) atau melakukan perkara yg tidak diterima masyarakat. Harap maklum.Makna04.08.2008
makna kepimpinan dan pemimpin -ciri-ciri kepimpinan -kebaikan dan keburukannya -bila ianya sesuai digunakan -pemerintahan autokratikSila rujuk bahan ini : 1. Komunikasi untuk pemimpin Abdullah Hassan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2001 . 2. Panduan Untuk Pemimpin John H. Zenger McGraw-Hill 2005 3. Pemimpin era globalisasi Husin @ Ibrahim Mamat Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 . 4. Pemimpin ideal dalam Islam Hafidhuddin, Didin Pustaka Zaman 2000 Teknik Kepemimpinan Auren Uris Dewan Bahasa dan Pustaka 1980 5. Wawasan dan kepemimpinan : nilai dan strategi ke arah Wawasan 2020 Yeoh, Micheal Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2003 6. Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia Mohd Salleh Abas, Tun Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 7. Sistem pemerintahan dan pentadbiran barat : suatu tinjauan Ahmad Atory Hussain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996Lain-lain31.07.2007

Kembali ke atas