Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déal] | ايديال

Definisi : (idéal) 1. (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dgn yg dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki, dsb), unggul: tempat yg ~ utk berkelah; pasangan yg ~; 2. wujud dlm fikiran sahaja, impian; mengidealkan menganggap (memandang) sesuatu sbg yg ideal: dia memperlihatkan kesalahan anggapan orang yg ~ sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.déal] | ايديال

Definisi : /idéal/ 1 yg dianggap sempurna (paling sesuai): Morib sudah tidak lagi menjadi tempat yg ~ utk perkelahan. 2 terdapat hanya dlm khayalan atau konsep (berlawanan dgn kenyataan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ideal
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :unggul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMOKRASI

Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan, satu

gaya hidup, satu matlamat atau satu ideal, dan satu

falsafah politik. Istilah ini juga merujuk kepada

sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan

demokrasi.

UMUM 
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM 
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat

Kembali ke atas