Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.dén.ti.ti] | ايدينتيتي

Definisi : (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru; beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya; beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg ~ diri kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.dén.ti.ti] | ايدينتيتي

Definisi : /idéntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yg dpt melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yg lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. beridentiti mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: Satu ideologi yg ~ diri kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
identiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jati diri, keperibadian, sahsiah, keindividuan, keunikan.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Identiti sino-kadazan berubah mengikut keadaanDr Dayu SansaluUtusan Borneo06.10.2008
Identiti etnik Sino-KadazanDr Dayu SansaluUtusan Borneo01.09.2008
Identiti batik MalaysiaNorwani Md Nawawi, Dr.Kosmo09.06.2008
Identiti penting apabila terasingVeena RusliBerita Harian (Sastera dan Budaya)25.08.2000
Identiti penulis di mana letaknyaIsmail AzmanUtusan Zaman29.03.1992
Identiti dalam karyaOthman PutehWatan29.05.1991
Identiti penyair kita berpakaian tak senonoh dan berselipar lusuhMelipriapapa MHMingguan Malaysia23.12.1990
Identiti bangsa menerusi bahasaNazar AbdulBerita Harian15.07.1986
IdentitiZulkifli PutehMingguan Kota01.08.1989
Identiti Hari Puisi hilangA F YassinBerita Harian23.01.1995
12345678910...

Kembali ke atas