Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.dil] | ايديل

Definisi : (Sas) puisi atau prosa yg menggambarkan suasana kehidupan yg aman, damai atau tenteram, terutamanya di desa: puisi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idyllidilKesusasteraanTiadaKarya sastera yang memerikan suasana latar dan kehidupan desa yang unggul, tenteram dan tidak kompleks. Karya sastera ini biasanya dalam bentuk prosa dan puisi. Contoh idil ditemui dalam karya the Passionate Shepherd to his Love oleh Marlowe, dan The Solitary Reaper oleh Wordsworth. Lihat juga pastoral.
idyl/idyllidilKesusasteraanTiadaBahagian karya sastera dalam ragam prosa atau puisi yang menggambarkan suasana tenteram, aman, sentosa yang sering dikaitkan dalam kehidupan sederhana atau hidup di kampung. Contoh: kehidupan Melor bersama nenek kebayan setelah kematian ibunya di sebuah kampung yang terpencil dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup.
idyl/idyllidilKesusasteraanTiadaTiada
idyl/idyllidilKesusasteraanTiadaTiada
idyllkedesaan; idilKesusasteraanPuisiPuisi yang mencitrakan tentang kehidupan masyarakat yang bersuasana kedesaan dengan begitu bersahaja, sederhana, dan tidak melebih-lebihkan sesuatu imej yang dipaparkan. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Senyum Anak Tani" dalam kumpulan Warna Maya. Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.
idylpuisi kedesaan; idilKesusasteraanTiadaTiada
pastoralpastoralKesusasteraanTiadaPuisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil.

Kembali ke atas