Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.dio.fon] | ايديوفون

Definisi : (Lin) bunyi bahasa yg khusus bagi sesuatu idiolek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idiofon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CANANG

CANANG, alat idiofon logam yang diketuk pada cembul di permukaannya untuk menghasilkan bunyi.  Canang biasanya terdiri daripada dua biji gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, direntang di atas dua utas tali atau rotan dan dipasang pada bingkai kayu.  Diameter permukaan canang berukuran antara 15 cm hingga 20 cm.

BUDAYAAlat/Alatan
KERTUKKERTUK, alat muzik idiofon yang popular di Kelantan. Kertok diperbuat daripada kayu atau kelapa. Dalam pesta dan majlis keramaian seperti menyambut hari keputeraan sultan dan lain-lain, kertok dimainkan dalam pertandingan secara berpasukan. Setiap pasukan kertok terdiri daripada lapan hingga 10 orang pemain.BUDAYAAlat/Alatan
ENGKEROMONG

ENGKEROMONG, alat idiofon yang terdiri daripada satu peranggu gong kecil berbentuk mangkuk bercembul biasanya lima hingga tujuh biji, diregangkan secara mendatar di atas bingkai kayu. Engkeromong dimainkan secara solo atau digabungkan dalam satu ensembel yang terdiri daripada dua biji gong yang digantung, dikenal sebagai tawak dan bendai, dan gendang ketebong yang berbentuk jam pasir. Dalam masyarakat Iban di daerah Saribas, gendang ketebong diganti dengan dumbak, iaitu gendang bulat panjang bermuka dua.

BUDAYAAlat/Alatan
KULINTANGAN

KULINTANGAN, set alat muzik idiofon yang terdiri daripada lapan atau sembilan biji gong kecil bentuk mangkuk yang disusun dalam satu barisan dan diletakkan di atas sebuah kerangka kayu yang menjadi penyalur bunyi. Kulintangan terkenal dengan nama kulintang di Thailand dalam ensembel pi phat, dan di Brunei kulintang dikenal dengan nama gulintangan.

BUDAYAAlat/Alatan
CAKLEMPONG

CAKLEMPONG, kumpulan muzik tradisional dari Minangkabau, Indonesia.  Caklempong atau dikenal juga sebagai telempong dan caklempong dirujukkan kepada sejenis alat muzik yang bergema (idiofon).  Persembahan caklempong diiring oleh alat muzik lain seperti bonang, rebana, gong, seruling, bangsi dan bio;a.  Fungsi utama persembahan caklempong adalah untuk menghibur dan menyalurkan nilai murni.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas