Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.gauan] | ايݢاوان

Definisi : 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.gauan] | ايݢاوان

Definisi : 1 sesuatu yg diucapkan ketika mengigau. 2 perkataan atau cakap yg bukan-bukan; impian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
igau
Kata Terbitan : mengigau, terigau-igau, igauan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012

Kembali ke atas