Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ih.san]/[iḥ.san] | احسان

Definisi : Ar 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan; keihsanan sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ih.san]/[iḥ.san] | احسان

Definisi : perbuatan yg baik; kemurahan hati; kebaikan: Gambar ~ Jabatan Penerangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ihsan (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan kebaikan: kebajikan, kebaikan hati, budi baik, kemurahan hati, perbuatan baik, ihsanat,

2. Bersinonim dengan keizinan: kebenaran, kelulusan.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IHSAN

Ihsan, sifat terpuji yang sangat dituntut dalam Islam. Perkataan ini berasal daripada bahasa Arab hasana yang bermaksud melakukan kebaikan.

AGAMAKonsep
TAREKAT DAN TASAWUF

TAREKAT DAN TASAWUF, amalan yang menjadi pelengkap kepada ilmu akidah dan syariat.  Ilmu akidah adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan iman.  Ilmu syariat pula berkaitan dengan amalan Islam, sementara ilmu tasawuf adalah ilmu yang berkaitan dengan keikhlasan.  Ia mewujudkan rangkaian iman, Islam  dan ihsan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas