Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.jab] | ايجاب

Definisi : Ar 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~ kabul = ~ nikah pernikahan; mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.jab] | ايجاب

Definisi : ; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ijab


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ijab kabul jual belilafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ijab kabul (nikah)lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ijab; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ijab kabulpernikahan; berijab kabul bernikah; mengijabkabulkan menikahkan; terijab kabul telah diijabkabulkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ijab nikahpernikahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ijab kabulpernikahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ijabAr 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~ kabul = ~ nikah pernikahan; mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ijab~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab;~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli.Kamus Pelajar
nikahakad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas