Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.jab] | ايجاب

Definisi : Ar 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~ kabul = ~ nikah pernikahan; mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.jab] | ايجاب

Definisi : ; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ijab


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ijabijab/tawaranPerniagaan IslamTiadaUngkapan pemilik produk yang bertujuan membentuk akad. Ijab boleh dilakukan melalui ucapan, tulisan, isyarat serta sebarang perbuatan mengikut uruf. Contohnya, penjual berkata "Saya jual produk ini dengan harga RM100", dan pembeli menjawab "Saya beli". Mengikut mazhab Hanafi, ijab boleh juga diucapkan oleh pembeli. Contohnya, pembeli berkata "Saya ingin membeli produk ini dengan harga RM90" dan penjual menjawab "Saya setuju menjualnya".
الإيجابijabAgama IslamFiqhUcapan akad yang keluar dari pihak pertama.
الصيغةlafaz ijab dan kabulAgama IslamFiqhLafaz yang diucapkan oleh kedua pihak yang melakukan sesuatu akad. Contohnya, dalam urusan jual beli, penjual berkata "saya jual" dan disambut oleh pembeli "saya beli".
bai‘ ta’ahjual beli tanpa lafazPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan.
tawkilmelantik wakilPerniagaan IslamTiadaPelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan.
tafarruq sifqatpenyelesaian akadPerniagaan IslamTiadaPenyempurnaan urusan jual beli yang berakhir dengan sesuatu isyarat yang melambangkan persetujuan atau ijab dan kabul. Contohnya, kebiasaan masyarakat Arab memukul tangannya di atas tangan salah satu pihak lain sebagai tanda selesainya akad tersebut.
‘aqd ta‘atiakad unjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPerbuatan tukar-menukar antara harga dengan produk yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak tanpa lafaz ijab dan kabul. Contohnya dalam jual beli, pembeli mengambil produk yang dijual dengan membayar harganya kepada penjual, penjual memberi produk yang dijual kepada pembeli dan pembeli membayar harganya tanpa bercakap apa-apa dan juga tanpa isyarat, dan pembelian minuman dalam mesin dengan memasukkan wang ke dalam mesin. Sinonim ‘aqd mu‘atah.
charitable contractkontrak kebajikanEkonomiEkonomi IslamKontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan harga tertentu. Kontrak ini berbentuk sehala yang hanya memerlukan ijab daripada pemberi milik tanpa qabul daripada penerima. Contohnya, hibah, hadiah, qardul hasan dan wakaf.
kafalahjaminanPerniagaan IslamTiadaGabungan tanggungjawab penjamin bersama pihak yang dijamin dengan pihak penerima jaminan. Penjamin bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang ditanggung oleh pihak yang dijamin. Contohnya, pelanggan berhutang dengan bank dan mempunyai seorang penjamin. Penjamin memaklumkan kepada bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak menjelaskan hutang yang telah dibuat, penjamin tersebut akan melangsaikannya. Ungkapan ini membentuk akad jaminan. Mengikut mazhab Hanafi, kafalah termeterai dengan adanya ijab daripada penjamin dan qabul daripada pihak yang dijamin. Mazhab Maliki, Syafii serta Hambali berpendapat bahawa akad kafalah termeterai hanya dengan ijab sahaja walaupun tanpa keredaan pihak penerima jaminan. Sinonim daman.
contract of exchangekontrak pertukaranEkonomiEkonomi IslamKontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain dengan balasan harga tertentu. Harga boleh dibayar sama ada dalam bentuk wang atau barangan. Kontrak ini berbentuk dua hala yang memerlukan ijab daripada pemberi milik dan qabul daripada penerima. Contohnya, kontrak jual beli, sewaan, pertukaran wang dan tempahan.
12

Kembali ke atas