Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ja.rah] | اجاره

Definisi : Ar upah, gaji hari, sewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ijarah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ijarah revenuehasil ijarahEkonomiEkonomi IslamAnsuran sewaan yang diterima oleh bank daripada aset ijarah yang disewakan. Amaun ini akan dicatatkan sebagai hasil ijarah dalam penyata kewangan bank.
ijarah expensesperbelanjaan ijarahEkonomiEkonomi IslamAnsuran sewaan yang dibayar oleh bank terhadap aset ijarah yang disewa. Jumlah ini akan dicatatkan sebagai perbelanjaan ijarah dalam penyata kewangan bank.
ijarahijarahPerniagaan IslamTiadaAkad sewa atau upah yang melibatkan faedah bagi sesuatu produk atau tenaga kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam tempoh yang telah dipersetujui. Urus niaga ini harus di sisi syarak. Contohnya, menyewa sebuah rumah untuk tempoh 2 tahun dengan bayaran bulanan RM1 000 atau mengupah pekerja untuk membersihkan kebun berkeluasan 2 ekar dalam tempoh 2 bulan dengan kadar upah RM1 000.
operating ijarahijarah operasiEkonomiEkonomi IslamAkad sewaan yang tidak termasuk janji untuk memindahkan hak pemilikan aset yang disewa oleh penyewa pada akhir tempoh sewaan. Penyewa hanya mendapat hak manfaat menggunakan aset sahaja tanpa memiliki aset berkenaan pada akhir tempoh sewaan.
sukuk ijarahsukuk ijarahEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Pengeluar sukuk kemudiannya menjual aset dan/atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. iv. Seterusnya pengeluar sukuk menyewa semula aset dan/atau perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk. Contohnya sukuk al-ijarah bernilai RM100 juta yang diterbitkan oleh Majlis Tempatan Pasir Gudang. Bangunan dan peralatan yang dipunyai oleh majlis tempatan dijual untuk tempoh 10 tahun kepada syarikat bertujuan khas (SPV) yang kemudiannya disewakan semula kepada Majlis Tempatan Pasir Gudang untuk tempoh 10 tahun. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada sewaan.
ijarah wa iqtina’ijarah wa iqtina’Perniagaan IslamTiadaLihat ijarah thumma bayc.
ijarah dhimmahsewaan zimmahPerniagaan IslamTiadaAkad ijarah yang melibatkan tenaga manusia sahaja. Pekerja perlu hadir dan melakukan kerja tersebut sendiri atau melalui pihak lain. Ijarah dhimmah tidak sempurna selagi kerja yang ditentukan tidak dilaksanakan. Contoh ijarah dhimmah seperti upah menjahit pakaian atau membina rumah. Tenaga kerja orang tengah juga termasuk dalam urus niaga ini. Lihat juga dhimmah.
ijarah muntahiyah bi tamlikijarah muntahiyah bitamlikPerniagaan IslamTiadaLihat ijarah thumma bay‘.
asset ijarah bond (AIB)bon aset ijarah (AIB)EkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang dikeluarkan berasaskan kepada penyewaan aset. Instrumen ini bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan pembelian aset tahan lama seperti pembelian bangunan sekolah yang disewakan kepada kerajaan. Akad ijarah membolehkan instrumen tersebut menjana aliran sewa secara berterusan untuk diagihkan kepada pemegang AIB. Lihat juga sekuriti asas aset.
ijarah thumma hibbahsewa hibahPerniagaan IslamTiadaAkad sewaan barangan yang diikuti akad hibah apabila tamat tempoh sewaan. Contohnya, bank membeli sesuatu aset yang diperlukan oleh pelanggan, kemudian menyewakannya dalam jangka masa yang dipersetujui bersama dengan syarat yang ditetapkan. Setelah selesai tempoh penyewaan, aset itu diserahkan semula kepada bank dan kemudian bank menghibahkannya kepada penyewa atau pihak yang telah ditentukan.
1234

Kembali ke atas