Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ij.ti.had] | اجتهاد

Definisi : Ar 1. usaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yg sah (dlm kaitannya dgn agama Islam); 2. pendapat, tafsiran, maksud: mereka bertanya kpd Rasulullah adakah tawaran itu datangnya drpd wahyu Tuhan ataupun hanya suatu fikiran atau ~ Rasulullah sendiri; berijtihad 1. melakukan ijtihad; 2. mengkaji dan memberi tafsiran mengikut fikiran sendiri, berpendapat, mengira: aku ~ dgn fikiran; pengijtihad orang yg berijtihad, mujtahid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ij.ti.had] | اجتهاد

Definisi : 1 perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. 2 buah fikiran yg dicapai berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. berijtihad mengkaji serta memberikan tafsiran berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ijtihad
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :gagas, gagasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
SARKHASIY, IBN SAHL AL-

Sarkhasiy, Ibn Sahl al- ( ? – 483 H.), ahli Fiqh

dan usul Fiqh dalam mazhab Hanafi. Nama

penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi

Sahl, salah seorang imam yang terkenal. Al-

Sarkhasiy diambil sempena nama Sarkhas, sebuah

negara lama di Khurasan. Dia mempelajari ilmu fiqh

dan usul daripada imam terkenal al-Hilwaniy dan

mencapai kedudukan keilmuan yang tinggi. Anak

Kamal Basha menganggapnya salah seorang ahli

ijtihad. Al-Sarkhasiy seorang yang alim, bertugas

sebagai penasihat kepada pemerintah. Al-Sarkhasiy

dipenjara oleh al-Khaqan atas permintaannya.

Hukuman penjara tidak menghalangnya untuk

mengajar murid-muridnya. Dia telah mengarang

kitab al-Mabsut , kitab tentang fiqh Hanafi yang

paling hebat dan telah dicetak dalam 30 juzu’

semasa berada di dalam penjara bawah tanah.

Dia juga telah mengarang S yarah al-Sair al-Kabir

karangan Muhammad ibn al-Hassan. Al-Sarkhasiy

telah mengarang kitab Mukhtasar al-Tahawiy dan

kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang teragung, yang

dikenali sebagai Usul al-Sarkhasiy .

UMUM 

Kembali ke atas