Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
natural nanoscale sensor  Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan.

Kembali ke atas