Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Video

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=337www.Kedaidbp.my - Siri Cerita Unggas - Cerita Unggas Jilid4CU4 HARGA : RM 25.00 POS EXPRESS : RM 4.00 Terdapat tiga buah cerita mengenai unggas yang menarik di dalam CD interaktif ini. Antaranya ialah Burung Bayan, Camar Laut dengan Ikan Lumba-lumba dan Awang Gelewang dengan Burung Garoda. Ketiga-tiga cerita ini boleh dinikmati melalui persembahan animasi yang menarik berserta klip video informasi, oleh-oleh berupa screensaver dan wallpaper, dan Highlighter.aspx?DocId=54&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=1a0+

Kembali ke atas