Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bony fishikan bertulangPerikananTiadaIkan daripada subkelas Teleostei yang mempunyai tulang yang keras. Ikan daripada kumpulan ini digunakan untuk tujuan pengelasan ikan. Ikan bertulang berbeza dengan ikan bertulang rawan.
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
ornamental fishikan hiasanPerikananAkuakulturIkan air tawar yang dijadikan hiasan dalam akuarium seperti ikan kelisa/arowana, ikan emas, ikan gupi dan ikan plati.
ornamental fishikan hiasanPertanianAgroteknologiIkan yang dipelihara untuk tujuan hiasan. Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium berasaskan warna, bentuk badan dan ciri-ciri yang unik. Ikan hiasan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Contoh ikan hiasan termasuk arowana, ikan pelaga, ikan kap jepun dan ikan flowerhorn. Sinonim ikan akuarium.
filletfiletPerikananTiadaIsi ikan yang dipotong daripada kedua-dua belah badan ikan dalam bentuk kepingan besar. Kepingan isi ikan ini diperoleh dengan cara membuang tulang tengah, kepala dan bahagian perut ikan. Ikan yang mempunyai tulang yang banyak tidak sesuai untuk dijadikan filet. Filet boleh disimpan sejuk, dibekukan atau terus digunakan.
hand tailingtangkap ekorPerikananTiadaKaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek.
white fishikan isi putihPentadbiran PerniagaanTiadaIkan yang mempunyai isi putih seperti ikan bawal, ikan senangin dan ikan gelama.
grouperkerapuPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Serranidae yang dikelaskan sebagai ikan demersal. Ikan kerapu hidup di kawasan pantai berpasir dan berbatu terutamanya di kawasan batu karang. Bukaan mulut ikan ini luas dan mempunyai badan pelbagai warna yang memudahkannya untuk melakukan penyamaran. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana tabiatnya sebagai pemangsa. Ikan kerapu boleh ditangkap dengan menggunakan pancing, bubu atau rawai dasar.
diurnaldiurnalPerikananTiadaBerkaitan dengan ikan yang mempunyai tabiat mencari makanan pada waktu siang. Kebanyakan ikan yang mempunyai tabiat ini ialah ikan pelagik berkumpulan dan ikan batu karang seperti ikan bayan dan ikan buntal.
edwardsiellosisedwardsielosisPerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria Edwardsiella sp. Penyakit ini menyerang ikan air tawar, ikan air payau dan ikan air masin. Gejala penyakit adalah berbeza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara contoh gejalanya ialah ikan berenang berpusing-pusing, ikan berkeadaan lemah, timbul ulser yang kecil pada badan atau septisemik dan pembentukan abses, serta perdarahan pada sirip.
12345678910...

Kembali ke atas