PERIKANAN DARAT | PERIKANAN DARAT, aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai. Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia. | BUDAYA | Konsep |
ALAT PERIKANAN DARAT | ALAT PERIKANAN DARAT, alat-alat yang digunakan untuk mengakap ikan di sungai, kolam, tasik, sawah, parit dan paya. | BUDAYA | Konsep |
SKUA | Skua, juga dikenali sebagai skua besar ialah burung pemangsa yang hidup hampir sepanjang tahun di lautan. Skua adalah burung yang garang, mempunyai paruh yang kuat bengkok dan bulu berwarna perang dan putih. Skua didapati jauh di tengah lautan, tempat ia menyerang burung camar dan tarn, merampas ikan yang telah ditangkap oleh burung-burung ini. Di darat, ia juga memakan burung kecil dan telurnya. | UMUM | |