Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikan air tawar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Garam di laut,
     asam di gunung,
bertemu dalam belanga juga.

Bermaksud :

Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laut darat dijilat api, Ikan mati keramat tak jadi; Tergulung langit menimpa bumi, Barulah saya mungkirkan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila berjalan menuju ke laut, Belilah ikan bawa ke darat; Apabila puan malu menyebut, Berikan saja tanda isyarat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kerana ikan bertambah marah, Banyaklah udang lari ke darat; Kerana hutan punah dirambah, Banyaklah kijang jadi melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas