Kurik Kundi Merah Saga | Tuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laut darat dijilat api, Ikan mati keramat tak jadi; Tergulung langit menimpa bumi, Barulah saya mungkirkan janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. |