Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikan air tawar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Garam di laut,
     asam di gunung,
bertemu dalam belanga juga.

Bermaksud :

Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
makaramakaraArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiGabungan tiga unsur haiwan yang digabungkan menjadi satu. Pertama, buaya yang mewakili hidupan antara dua alam, iaitu air dan darat. Kedua, ikan yang mewakili hidupan air dan ketiga, gajah yang mewakili hidupan darat. Makara di pahat pada bahagian pemegang tangga candi dan berperanan sebagai pengusir roh jahat. Contoh penemuan makara di Malaysia ialah di Melaka, yang berusia sekitar abad 11 M hingga 12 M.
inland fisheryperikanan daratGeografiTiadaBidang perikanan yang dikaitkan dengan perusahaan atau penternakan ikan air tawar.
fly baitumpan serangga tiruanPerikananTiadaUmpan tiruan berbentuk serangga yang dianyam daripada pelbagai bahan seperti bulu, sabut atau benang. Umpan serangga tiruan boleh terdiri daripada pelbagai jenis serangga, sama ada serangga air atau serangga darat. Umpan jenis ini digunakan untuk memancing ikan di sungai atau tasik.

Kembali ke atas