Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikan-ikan

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bony fishikan bertulangPerikananTiadaIkan daripada subkelas Teleostei yang mempunyai tulang yang keras. Ikan daripada kumpulan ini digunakan untuk tujuan pengelasan ikan. Ikan bertulang berbeza dengan ikan bertulang rawan.
endoparasitic infestationserangan endoparasitPerikananAkuakulturJangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit.
filletfiletPerikananTiadaIsi ikan yang dipotong daripada kedua-dua belah badan ikan dalam bentuk kepingan besar. Kepingan isi ikan ini diperoleh dengan cara membuang tulang tengah, kepala dan bahagian perut ikan. Ikan yang mempunyai tulang yang banyak tidak sesuai untuk dijadikan filet. Filet boleh disimpan sejuk, dibekukan atau terus digunakan.
fish aggregating device (FAD)unjamPerikananTiadaAlat untuk mengumpul ikan yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti daun kelapa, daun gelang atau jurai plastik. Unjam menggunakan buluh sebagai pelampung dan guni pasir sebagai pemberat. Unjam dipasang sama ada di permukaan, pertengahan atau dasar air untuk menarik perhatian ikan. Ikan yang berkumpul akan ditangkap dengan menggunakan pancing, pukat jerut atau bubu.
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
ornamental fishikan hiasanPerikananAkuakulturIkan air tawar yang dijadikan hiasan dalam akuarium seperti ikan kelisa/arowana, ikan emas, ikan gupi dan ikan plati.
ornamental fishikan hiasanPertanianAgroteknologiIkan yang dipelihara untuk tujuan hiasan. Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium berasaskan warna, bentuk badan dan ciri-ciri yang unik. Ikan hiasan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Contoh ikan hiasan termasuk arowana, ikan pelaga, ikan kap jepun dan ikan flowerhorn. Sinonim ikan akuarium.
hand tailingtangkap ekorPerikananTiadaKaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek.
white fishikan isi putihPentadbiran PerniagaanTiadaIkan yang mempunyai isi putih seperti ikan bawal, ikan senangin dan ikan gelama.
cobiaaruan tasikPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Rachycentridae, spesies Rachycentron canadum, iaitu sejenis ikan yang bermata kecil, berkepala lebar, belakang dan sisi badannya berwarna perang gelap dan terdapat dua jalur berwarna keperak-perakan. Bahagian bawah perutnya berwarna putih cerah. Ikan jenis ini hidup di pelbagai habitat terutamanya di kawasan terumbu karang di perairan yang cetek. Ikan ini gemar memakan ketam, sotong dan ikan-ikan yang kecil. Aruan tasik berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana sifatnya yang kuat melawan. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan pancing, pukat tunda, rawai dan pukat hanyut. Nama lain bagi ikan ini ialah gabus laut.
12345678910...

Kembali ke atas