Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ka.tan] | ايکتن

Definisi : 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, per­kumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ka.tan] | ايکتن

Definisi : 1 cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2 sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3 sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4 kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya nak bertanya tentang kaedah penulisan nama pertubuhan yang didaftarkan. Contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, adakah cara penulisannya dalam mana-mana bentuk tulisan menggunakan seluruh huruf besar untuk merujuk singkatan nama parti itu? Atau memadai seperti tulisan nama pertubuhan biasa yang lain dengan hanya menulis huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja sebagai kata nama khas?Waalaikumsalam,

Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, maka cara penulisan singkatan nama parti perlu menggunakan huruf besar, iaitu IKATAN. Walau bagaimanapun untuk penulisan nama pertubuhan boleh menggunakan huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja.
Lain-lain19.06.2019
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Deed of Assignment? Adakah 1. surat ikatan penyerahhakan atau 2. surat ikatan penyerahan hak?

Sdr., istilah yang sesuai untuk Deed of Assignment ialah Surat Ikatan Penyerahhakan. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain04.11.2010
DiGi - Satu Ikatan Seperti dilampirkan. Terima Kasih

Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my  Layari laman web  www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar

Lain-lain25.07.2011
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan SerahakPerkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang.

Istilah14.10.2020
Ayat manakah yang betul? 1.Setiap anak mestilah mengingati pengajaran ibu bapa mereka. 2.Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka. 3.Hasil ikatan saintis, terhasillah cara baharu merawat bagi kanser. 4.Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.Ayat yang betul ialah:
1. Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka.
2. Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.
Lain-lain22.03.2021
Assalamualaikum. Kami akan mengadakan satu majlis pertemuan bekas rakan-rakan lama.Tema yang dipilih seperti di bawah.Cuma saya mohon tuan tentukan manakah yang tepat atau tuan cadangkan tema yang sesuai. 1. IKATAN JALINAN KASIH BERPANJANGN ATAU 2. IKATAN JALINAN , KASIH BERPANJANGAN. Tema ini akan ditulis pada kain rentang. Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau boleh saya mahukan jawapan kadar segera. ISMAIL HASHIMDari segi tatabahasa, tema yang betul ialah Ikatan Jalinan Kasih Berpanjangan.Tatabahasa10.09.2009
Apakah pola ayat ini ikatan kekeluargaan diibarat air dicincang tidak akan putus, pastikan bersatu kembali. Adakah FN + FN atau FN + FK. Terima kasih.Pola ayat tersebut ialah FN + FK.Tatabahasa17.09.2016
Adakah "ikat limar" , iaitu suatu teknik ikatan kain sutera adalah kata nama khas?Perkataan "ikat limar" merupakan kata nama am.Lain-lain07.06.2022
Saya, Muhammad Zulkhairie bin Kamisan mewakili persatuan Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM merupakan pengarah projek Pesta Pantun Anjung Selatan yang sedang dirancang oleh pihak kami. Persoalannya, bolehkan kami melaksanakan program ini dengan bimbingan pihak DBP atau melaksanakan program ini dengan kolaborasi bersama pihak DBP? Mohon maklumat lanjut dari pihak DBP untuk persoalan saya.
Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak IKMAR menzahirkan perancangan berkolaboratif dengan DBP apatah lagi program yang relevan dengan ilmu persuratan Melayu. Tahniah atas penganjuran program tersebut.
 
Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan pihak tuan berhubung dengan DBP Wilayah Utara melalui talian 
04-5377 241 jika program tersebut dilaksanakan di USM atau di mana-mana sempadan geografi Wilayah Utara. Jika Pesta Pantun Anjung Selatan dilaksanakan di sempadan geografi Wilayah Selatan (di Johor atau Melaka), Pihak tuan bolehlah menghubungi Unit Sastera, DBP Wilayah Selatan melalui talian 07-2341813.
 
Lain-lain21.04.2022
definisi persatuanMakna persatuan ialah gabungan, ikatan, kumpulan.Makna01.09.2009
123456

Kembali ke atas