Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ka.tan] | ايکتن

Definisi : 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, per­kumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ka.tan] | ايکتن

Definisi : 1 cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2 sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3 sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4 kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terurai1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil);Kamus Dewan Edisi Keempat
simpul, = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga men­jadi simpul. 2 memberikan isi se­suatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
simpulanikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikatan peptida(Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan tunggalsj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan logamsj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan kovalensj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan koordinatsj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan ioniksj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan ionsj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas