Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.las] | اخلاص

Definisi : Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.las] | اخلاص

Definisi : (dgn) hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan: ~ hutangnya. keikhlasan perasaan ikhlas; kesucian hati; kejujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhlas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suci, jujur, rela, tulus;,
Kata Terbitan : mengikhlaskan, keikhlasan,

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
IkhlasMohd Shamsuddin IbrahimUtusan Zaman08.10.1995
IkhlasMata AdinBeritan Harian13.03.1998
Ikhlas, hormat pegangan HabibahAdam SallehMetro Ahad17.05.1998
IkhlasMohd. Alias DemyatiPentas Dunia16.04.1995
IkhlasDarma MohammadUtusan Zaman01.09.1982
Ikhlas pegangan Borhan perjuang politik bangsaMohamad Yatim LatipBerita Harian14.05.2005
IkhlasNordin AbdullahUtusan Melayu05.04.2002
Cinta IkhlasPriscillaBorneo Mail17.10.1993
Mencari IkhlasAzizi Haji AbdullahMingguan Malaysia11.09.1994
Al-IkhlasSaipudin B. AMingguan Famili08.10.1989
1234

Kembali ke atas