Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtiar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan daya, upaya, usaha, jalan, akal;,
Kata Terbitan : berikhtiar, mengikhtiarkan,

Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan sebenar bagi 1.mukjizat 2.tawakkal 3.ikhtiar 4.qhada 5.resmi. 6.tan naim 7.zulhijjah

Ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut; 1. mukjizat  2. tawakal  3. ikhtiar 4.  qada  6. resmi ( sifat semula jadi) dan rasmi (formal) 6. perkataan ini tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan. 7. zulhijah

Ejaan16.01.2009
Apakah terjemahan bagi 'war effort'? Usaha perang? Ikhtiar perang? War effort is coordinated mobilization of society's resources—both industrial and human—towards the support of a military force. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud penyelarasan pergerakan atau mobilisasi sumber-sumber masyarakat - baik industri dan manusia - ke arah sokongan terhadap pasukan tentera.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "war effort" ialah usaha perang.Makna11.02.2021
Boleh saya tahu penggunaan tanda petik (''....") yang betul untuk ayat dua perenggan? Contoh ayat seperti di bawah: "Dah bermacam ikhtiar saya lakukan, jumpa bomoh, sembahyang hajat, jumpa kaunselor... tapi semuanya tidak berhasil. Pada hal anak saya ini dulu sekolah agama dah..." "Tolonglah encik selesaikan masalah anak saya ni. Kalau boleh saya mahu masukkan dia ke Raudhatus Sakinah."Penggunaan tanda elipsis dalam ayat betul.Tatabahasa29.06.2013
dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQAyat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul.Tatabahasa18.09.2011
BAGAIMANA PENGGUNAAN KATA 'MEMPEROLEH' DAN 'MEMPEROLEHI'?Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: Contoh ayat, ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidupLain-lain13.08.2010
MANA YG LEBIH TEPAT MENCARI MAKLUMAT ATAU MEMPEROLEH MAKLUMAT -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT. -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT.Mencari bermasksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu dan memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dengan ikhtiar atau usaha. Kedua-dua perkataan ini betul, namun berdasarkan konteks kami mencadangkan perkataan mencari digunakan.Tatabahasa29.04.2014
Apakah istilah yang paling sesuai dalam bahasa Melayu untuk 'survival show' atau 'survival game show'? Adakah istilah di bawah boleh digunakan? - Kandungan Kreatif (creative contents) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "survival game show" ialah rancangan permainan ikhtiar hidup. Istilah "kandungan kreatif adalah betul dan boleh digunakan.Istilah12.10.2016
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya'Tidak ada  perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya"  dan  "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya  2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu.Ejaan12.02.2019
Apakah maksud 'daya usaha' dalam konteks ayat ini: 'Hal ini sengaja dilakukan kerana kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa mendayausahakan kelahiran MMM ini ialah upaya kerajaan dan bukannya industri media.' Bolehkah frasa ini digunakan sedemikian?

Maksud “daya usaha”  dalam konteks ayat ini usaha, ikhtiar, keupayaan melaksanakan sesuatu

Ayat yang betul ialah “Hal ini sengaja dilakukan kerana pihak kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa yang  mendayausahakan penubuhan MMM ini ialah pihak kerajaan dan bukannya industri media.'”

 

Tatabahasa19.06.2020
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus?Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+Makna13.11.2015
12

Kembali ke atas