Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.ti.sar] | اختصار

Definisi : Ar ringkasan, isi ringkas (cerita dll), sinopsis: majalah itu memuatkan ~ beberapa cerita pendek yg tersiar dlm akhbar-akhbar tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.ti.sar] | اختصار

Definisi : pendapat (pandangan dsb) yg ringkas mengenai sesuatu; ringkasan: Buku ini memuatkan ~ sejarah Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtisar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ringkasan, isi ringkas, sinopsis, ijmal;,
Kata Terbitan : mengikhtisarkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan istilah "SINOPSIS" dengan " Ringkasan "?

Menurut Kamus Dewan, sinopsis bermaksud ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Ringkasan bermaksud 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll);  2. kependekan.  Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, sinopsis dan ringkasan mempunyai maksud yang sama.

 

Makna30.01.2011
Apakah perbezaan antara sinopsis dengan ulasan?Sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar; manakala ulasan bermaksud huraian atau tafsiran tentang sesuatu.Makna20.07.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan recap yang digunakan seperti recap video dan recap movie dalam bahasa Inggeris?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah recapitulate secara umumnya ialah ikhtisar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.02.2024
Apakah perbezaan antara SINOPSIS dan ABSTRAK? Saya perlu sediakan satu format untuk penulisan ringkasan buku ilmiah yang telah dibaca. Saya keliru sama ada ingin menggunakan sinopsis atau abstak?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Manakala abstrak pula ialah Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. Oleh itu, penggunaan yang lebih sesuai ialah abstrak.Lain-lain08.10.2010
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010

Kembali ke atas