Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
iklim (kata nama)
1. Bersinonim dengan cuaca: hawa, udara, suhu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan suasana, keadaan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mesoclimatemesoiklimGeologiTiada1. Iklim suatu kawasan yang kecil, yang mungkin berbeza daripada iklim umum suatu rantau.,2. Iklim yang dicirikan oleh suhu yang sederhana, iaitu berjulat 20oC-30oC.
snow linegaris saljiHidrologiTiada(1) Garis salji iklim. Ketinggian terendah lapisan selanjar salji pada musim panas di pergunungan tinggi. (WMO) (2) Garis salji orografik. Ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas.
snow linegaris saljiSainsHidrometeorologi1. Bagi garis salji iklim, ketinggian terendah keselanjaran salji wujud pada musim panas di pergunungan tinggi. 2. Bagi garis salji orografi ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas.
desiccationpengeringanGeografiTiada1. Keadaan yang menunjukkan pertambahan kekeringan di sesebuah kawasan di sebabkan perubahan iklim.
hekistothermhekistotermaGeografiTiada1. Tumbuhan yang boleh hidup di kawasan yang suhunya sangat rendah.,2. Iklim yang mempunyai suhu yang sangat rendah.
ariditykegersanganGeologiTiada1. Keadaan yang kadar sejatannya selalu melebihi kadar kerpasan.,2. Ciri sesuatu iklim yang berhubung dengan kekurangan kerpasan untuk mengekalkan kehidupan tumbuh-tumbuhan.
natural resourcesumber asliGeografiTiada1. Komponen atau bahagian alam sekitar fizikal yang berguna bagi manusia seperti mineral, tenaga, iklim, tanih, kehidupan haiwan, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan sebagainya.
basin, representativelembangan wakilHidrologiTiada(1) Lembangan saliran yang boleh digunakan untuk pengkajian kitaran hidrologi dalam satu kawasan semula jadi cirian dengan pencerapan serentak data iklim dan hidrometri. (2) Lembangan tempat pengkajian hidrologi secara mendalam, dilakukan dalam keadaan yang secara nisbi tidak berubah. (3) Lembangan yang di dalamnya dibina beberapa stesen hidrologi untuk membolehkan pencerapan hidrometeorologi dan hidrometri dilakukan secara serentak supaya ukuran yang dicerap dapat mewakili suatu kawasan luas, menggantikan pengukuran di semua lembangan di sesuatu kawasan tertentu.
water use efficiencykecekapan penggunaan airPertanianAgroteknologi1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE.
Malaysian Standards (MS)Standard Malaysia (MS)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikDokumen standard rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk keperluan industri di Malaysia. Contoh standard NDT yang dikeluarkan oleh JSM adalah seperti yang berikut: (i) MS ISO 16809:2017 – Non-Destructive Testing Ultrasonic Thickness Measurement, (ii) MS 1317:2007 – Non-Destructive Testing of Welds – Radiographic Testing of Fusion – Welded Joints (Second Revision), (iii) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (iv) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (v) MS ISO 9712:2014 – Non-Destructive Testing – Qualification and Certification of NDT Personnel (ISO 9712:2012, IDT), (vi) MS ISO 3452-1:2014 – Non-Destructive Testing- Penetrant Testing – Part 1: General Principles (ISO 3452-1:2013, IDT), (vii) MS ISO 3452-2:2014 – Non-Destructive Testing–  Penetrant Testing – Part 2: Testing of Penetrant Materials (ISO 3452-2:2013, IDT), (viii) MS ISO 3452-3:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 3: Reference Test Blocks (ISO 3452-3:2013, IDT), (ix) MS ISO 3452-4:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 4: Equipment (ISO 3452- 4:1998. IDT), (x) MS ISO 3452-5:2014 – Non-Destructive Testing–   Penetrant Testing – Part 5: Penetrant Testing At Temperatures Higher Than 50°C (ISO 3452- 5:2008, IDT), (xi) MS ISO 3452-6:2014 – Non-Destructive Testing –Penetrant Testing – Part 6: Penetrant Testing At Temperatures Lower Than 10°C (ISO 3452- 6:2008, IDT), dan MS ISO 17636-1:2017 – Non-Destructive Testing Of Welds – Radiographic Testing – Part 1: X- and Gamma-Ray Techniques with Film (Third Revision) (ISO 17636-1:2013, IDT)

Kembali ke atas