Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.ti.sad]/[iq.ti.sad] | اقتصاد

Definisi : Ar ekonomi, perekonomian: kerajaan sedang berusaha hendak memajukan ~ penduduk luar bandar; ahli ~ ahli ekonomi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.ti.sad]/[iq.ti.sad] | اقتصاد

Definisi : ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iktisad
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :ekonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021

Kembali ke atas