Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ku.tan] | ايکوتن

Definisi : 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ku.tan] | ايکوتن

Definisi : sesuatu yg diikut atau diikuti; contoh; teladan: Segala perbuatannya menjadi ~ anak-anak muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikutan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNNAHperbuatan /amalan yang dilakukan oleh rasulullah yg menjadi ikutan kepada umat islam dan mendapat pahalaAGAMAKonsep
YOUNG, LESTER WILLIS

Young, Lester Willis (1909–1959) ialah pemain

saksofon tenor Amerika yang mencipta gaya

yang menjadi ikutan dalam sejarah jaz.

UMUM 
ALIRAN ASHCAN

Aliran Ashcan ialah sekumpulan pelukis

Amerika pada awal tahun 1900-an yang terkenal

terutamanya kerana lukisan realistik tentang

kehidupan di bandar. Kumpulan ini menentang

bidang yang tradisional, sentimental yang menjadi

ikutan dalam seni Amerika pada waktu itu.

UMUM 
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
SIMBOLISME

Simbolisme ialah gerakan kesusasteraan yang

dimulakan oleh sekumpulan penyair Perancis

antara tahun 1885 hingga tahun 1895. Gerakan ini

dipimpin oleh Stéphane Mallarmé, tetapi puisi

Paul Verlaine yang ditiru secara yang lebih

meluas. Ahli-ahli teori simbolisme yang utama

termasuk Réné Ghil, Gustave Kahn, Jean Moreás,

dan Charles Morice. Gaya simbolisme menjadi

ikutan banyak penyair Eropah pada awal tahun

1900-an.

UMUM 

Kembali ke atas