Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cookeryilmu masakan; masakan; masak-memasakSosiologiTiada1. Ilmu masakan: Seni, sains, proses atau latihan memasak.,3. Tempat atau peralatan untuk memasak.
cookeryilmu masakan; masakan; masak-memasakPentadbiran PerniagaanTiada1. Ilmu masakan: Seni, sains, proses atau latihan memasak.,2. Masakan: Sesuatu yang dimasak seperti kuih-muih dan lauk-pauk.
chronometrykronometriGeologiTiada1. Ilmu yang berhubung dengan pengukuran masa.,2. Pengukuran masa dengan menggunakan kronometer.
pyrotechnicpiroteknikKejuruteraanTiada1. Ilmu menyediakan dan menggunakan kerja letupan.,2. Benda yang digunakan untuk menghasilkan cahaya yang terang untuk pencahayaan, atau cahaya atau asap berwarna untuk isyarat, dan yang dihabiskan dalam proses itu.
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
opticsilmu optikFizikOptik1 Cabang ilmu fizik yang mengkaji cahaya dan penglihatan. 2 Kajian fenomenon yang berkaitan dengan penjanaan, pemancaran, pengesanan sinaran elektromagnet dalam julat spektrum bermula daripada pinggir gelombang panjang bagi julat sinar-x ke pinggir gelombang pendek julat radio, atau dalam jarak gelombang daripada lebih kurang 1 nanometer ke 1 milimeter.
mechanic; mechanicsmekanikMekanikGunaan1. (mechanics) Ilmu sains fizikal yang memperkatakan keadaan (pegun atau bergeraknya) jisim yang ditindak oleh sistem daya dan tentang sistem daya yang menyebabkan keadaan itu. Secara ringkas, mekanik boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang kesan daya pada jasad yang ditindaknya. Mekanik boleh dibahagikan kepada cabang mekanik jasad tegar, mekanik jasad boleh ubah bentuk dan mekanik bendalir. Setiap cabang mekanik itu pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu statik dan dinamik. 2. (mechanics) Sains jentera, 3. (mechanic) Seseorang yang terlatih dalam bidang jentera, terutama sekali dari segi maali, dan mengamalkan ilmu itu sebagai suatu profesion.
mysticismmistisismeKesusasteraanTiada1. Fahaman berhubung dengan ilmu tentang ketuhanan.,2. Kebenaran yang sebenarnya boleh didapati secara bersemadi dengan mendalami ilmu tentang ketuhanan.
demonologydemonologiSejarahTiada1. Bidang ilmu yang mengkaji hal-hal kesyaitanan atau kepercayaan karut yang berkaitan dengan syaitan.,2. Kepercayaan atau agama yang berpegang kepada doktrin syaitan.
corporate communicationkomunikasi korporatKomunikasiKorporat1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhidmatan. Fokus komponen perniagaan ini berkaitan dengan perancangan strategi pengurusan organisasi yang berteraskan komunikasi, sama ada pengurusan intra-organisasi, pengurusan khalayak, ataupun pengurusan antara organisasi. Antara aktiviti perniagaannya termasuklah pengurusan acara, perundingan perhubungan awam, pengiklanan, pengauditan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan korporat.
123

Kembali ke atas