Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕil.mu.wan]/[il.mu.wan] | علمون

Definisi : golongan (para) akademik, orang yg berilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ʕil.mu.wan]/[il.mu.wan] | علمون

Definisi : orang yg melibatkan diri dlm bidang keilmuan; ahli akademik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmuwan (kata nama)
Bersinonim dengan ilmiahwan, cendekiawan, cerdik pandai, bijak pandai, sarjana, pakar, ahli, ulama, hukama, intelek.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah dua perkataan ini iaitu 'aspirasi' dan 'ilmuwan' sesuai digabungkan menjadi nama tadika seperti berikut: Tadika Aspirasil Ilmuwan Terima kasihTadika Aspirasi Ilmuwan boleh digunakan untuk nama tadika.Lain-lain06.10.2022
Tokoh Ilmuwan Negaraboleh guna contoh tunjukkan tokoh banyak ilmuwan .Istilah06.04.2011
Mana lebih tepat ilmuwan atau ilmuan untuk membawa maksud ahli ilmu atau ilmiahwan.Kata dan ejaan yang tepat ialah ilmuwan, sama seperti negarawan dan sasterawan.Ejaan15.08.2011
Adakah ' ilmuan' dan 'ilmuwan' betul tetapi digunakan dalam koteks ayat yg berbeza?Kata dan ejaan yang tepat ialah ilmuwan, sama seperti negarawan dan sasterawan.Ejaan06.11.2022
Salam.saya inginkan kepastian ttg istilah yg dgunakan ini.Yg manakah lebih tepat sama ada penggunaan Kolokium Ilmuan @Kolokium Ilmuwan?dan apakah yg membezakannya?mohon penjelasan dr pihak tuan dengan sejelasnya.Teima kasih.Frasa dan ejaan yang betul ialah Kolokium Ilmuwan. Di bawah tajuk Pembentukan Kata Baharu (Tatabahasa Dewan, halaman 307), ... akhiran -wan akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas .... Contohnya: ilmu + wan menjadi ilmuwan dan budaya + wan menjadi budayawan.Tatabahasa07.09.2011
1. Yang manakah kata yang betul?"ilmuan"ATAU "ilmuwan". 2. Adakah ayat ini mempunyai maksud yang sama ATAU berlainan? a)Baju di ampaian disidai oleh emak dan kakak. b)Baju disidai oleh emak dan kakak di ampaian.1. Ilmuwan. 2. Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.Makna01.08.2015
Ejaan yang betul : Ilmuwan keilmuan keilmuwanEjaan yang tepat ialah ilmuan dan keilmuan.Ejaan24.07.2010
betulkah ayat berikut? Para ilmuan sedang bersidang di dewan itu pada masa sekarangAyat yang betul; para ilmuwan sedang bersidang di dewan itu.Tatabahasa10.01.2010
Salam, Mohon pandangan dan maklumbalas berkenaan istilah Ilmiahawan, adakah istilah ini boleh digunakan dalam laporan rasmi jabatan. Umumnya, ilmiahwan merujuk kepada seseorang individu wanita yang tergolong dalam membuat penyelidikan secara ilmiah samada secara formal (peringkat Sarjana/PhD) mahupun tidak formal yang melibatkan proses ilmiah dan saintifik Terima kasih.

Untuk makluman tuan, perkataan “ilmiahwan” tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah “ilmiawan” dalam bahasa percakapan yang bermaksud ilmuwan. Dalam konteks penulisan rasmi, penggunaan perkataan yang dikelaskan sebagai bahasa percakapan tidak digalakkan.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan lain yang boleh digunakan ialah “ilmuwan”. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ilmuwan bermaksud golongan (para) akademik, orang yang berilmu.
Istilah06.12.2021
Nama hotel bagi UTM ialah Scholar's Inn dan saya ingin nama ini ditukar kepada bahasa melayu. apakah nama dalam bahasa melayu yang sesuai bagi Scholar's Inn?Padanan scholar dalam bahasa Melayu ialah sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, dan  orientalis. Kami berpendapat padanan ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai nama hotel. Kami mencadangkan pihak tuan memilih nama tokoh ilmuwan tempatan khususnya dalam kalangan UTM sendiri untuk diabadikan pada nama hotel berkenaan.  Istilah19.08.2009
12

Kembali ke atas