Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕil.mu.wan]/[il.mu.wan] | علمون

Definisi : golongan (para) akademik, orang yg berilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ʕil.mu.wan]/[il.mu.wan] | علمون

Definisi : orang yg melibatkan diri dlm bidang keilmuan; ahli akademik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmuwan (kata nama)
Bersinonim dengan ilmiahwan, cendekiawan, cerdik pandai, bijak pandai, sarjana, pakar, ahli, ulama, hukama, intelek.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mudarabah modelmodel mudarabahEkonomiEkonomi IslamModel pembiayaan perbankan Islam yang dicadangkan oleh beberapa ilmuwan pada awal tahun 1970-an yang menggunakan konsep mudarabah dua hala. Hala pertama mudarabah melibatkan pihak bank dengan pendeposit yang bersetuju menyimpan wangnya dalam akaun pelaburan mudarabah. Dalam kes ini, pendeposit dikenali sebagai penyumbang modal dan bank sebagai pengusaha. Hala kedua mudarabah pula, melibatkan pihak bank yang bertindak sebagai penyumbang modal yang menyediakan modal kepada pengusaha.
activismaktivismeSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional.
Unani traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional YunaniHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan prinsip bahawa penyakit merupakan satu proses semula jadi dan simptomnya ialah tindak balas tubuh manusia terhadap penyakit. Sistem ini berasal dari Greek dan diperkaya oleh ilmuwan Arab dan Parsi. Sistem ini menggunakan teori praandaian bahawa keseimbangan empat cecair, iaitu darah, gelema, hempedu kuning dan hempedu hitam perlu untuk memastikan keadaan fikiran dan jasmani yang sihat. Sistem perubatan ini menggunakan terapi yang mengutamakan disiplin yang ketat, pemakanan khas dan farmakoterapi. Contoh ubatan Yunani ialah jintan hitam atau habatussauda (Nigella sativa) yang telah dikenal pasti berkesan untuk merangsang fungsi imun manusia.

Kembali ke atas