Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.lu.si] | ايلوسي

Definisi : tanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ilusi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "number game"? Ini adalah dalam konteks situasi politik, apabila sesuatu pihak menggunakan sesuatu angka bagi tujuan mencipta satu ilusi untuk meraih sokongan. Contohnya, Calon A mengatakan bahawa beliau mempunyai sokongan 70% penduduk bagi sesuatu kawasan parlimen, walaupun sebenarnya Calon A tidak pasti bahawa beliau mempunyai sokongan tersebut. Namun beliau mengatakan sedemikian hanya untuk mencipta satu gambaran bahawa beliau mempunyai sokongan banyak, agar orang menyokongnya. Definisi bahasa Inggerisnya adalah "the use or manipulation of statistics or figures, especially in support of an argument." Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu paling hampir bagi istilah "number game" ialah politik angka.Istilah24.09.2020
Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah: 1. experiencing self 2. remembering/evaluating self 3. peak-end 4. duration neglect 5. common error 6. focusing illusionCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi experiencing self ialah swaalami, remembering self ialah swaingati, peak-end ialah hujung puncak, duration neglect ialah pengabaian tempoh, common error ialah kesalahan lazim, dan focusing illusion ialah ilusi berfokus.

Istilah06.01.2024
Merujuk semula kepada jawapan daripada KND pada 29/05/2017

Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya.


Soalan saya yang asal memang berkaitan HUD dalam bidang teknologi maklumat dan bukannya HMD.

Keterangan yang saya berikan adalah berkaitan huraian sistem paparan atas skrin (seperti monitor, skrin telefon), bukannya huraian sistem paparan yang dipakai di kepala (seperti gogel).

Jadi, adakah HUD dalam bidang teknologi maklumat juga perlu dipadankan kepada istilah papar pandu (istilah dalam bidang aeroangkasa) walaupun paparan HUD dalam perisian (terutamanya permainan video) yang dipaparkan dekat skrin monitor atau skrin telefon tersebut langsung tiada kaitan dengan aktiviti pandu (seperti kelajuan atau ketinggian pergerakan) dan sebaliknya memaparkan maklumat yang diperlukan oleh pengguna (seperti barangan yang boleh digunakan daripada beg yang dibawa)?
Salam sejahtera,

Tuan,

Merujuk maklum balas tuan, HUD dalam bidang teknologi maklumat boleh dipadankan kepada istilah papar pandu.

Sekian.
Istilah30.05.2017
Apakah padanan bagi "head-up display (HUD)" dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan permainan video (VG)?
Ketika ini, hanya bidang kejuruteraan kapal terbang dan aeroangkasa mempunyai padanan untuk HUD iaitu 'papar pandu' tetapi dalam bidang IT dan VG, padanan tersebut mungkin berasa janggal kerana HUD tidak semestinya digunakan untuk dipaparkan ketika pandu.
Hal ini kerana HUD dalam bidang IT dan VG merujuk kepada kaedah di mana maklumat ditunjukkan secara visual kepada pemain permainan video sebagai sebahagian daripada antaramuka pengguna permainan.
Selalunya HUD dalam permainan video digunakan untuk menunjukkan pilihan item atau senjata, nyawa, masa permainan, keupayaan pemain, menu, penjalanan permainan (seperti mata pengalaman / experience points), kekuatan senjata sedang digunakan, jumlah peluru yang ada, mesej tutorial, sarikata, jarak sesuatu kawasan dituju dan lain-lain.
Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat  yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya.Makna25.05.2017

Kembali ke atas