Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.lu.si] | ايلوسي

Definisi : tanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ilusi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ILUSI OPTIKIlusi optik. Apabila kita memandang jalan yang
panjang dan lurus, kelihatan jalan itu semakin
jauh semakin sempit.
UMUMUmum
MAYA

Maya ialah sejenis ilusi optik. Maya mungkin

berlaku ketika seseorang sedang memandu dan

ternampak sesuatu yang kelihatan seperti

sekumpulan air di jalan berturap yang panas di

hadapannya.

UMUM 
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
ANIMASI

Animasi ialah teknik filem yang membolehkan

pembuat filem menghasilkan ilusi pergerakan,

bukan merakamkannya dengan kamera sebagai

aksi hidup.

UMUM 

Kembali ke atas