Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ma.gi.na.tif] | ايماݢيناتيف

Definisi : 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imaginatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud bahasa Figuratif?

Sdr. yang dihormati,

 Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

 

Salam takzim.

Lain-lain27.09.2010
Apakah puisiTerima kasih atas pertanyaan sdr. Mengikut Glosari Istilah Kesusasteraan terbitan DBP 1988, puisi ialah istilah yang digunakan untuk pelbagai bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan  yang penuh imaginatif daripada seseorang penulis atau penyair. Sekian dimaklumkan.Lain-lain28.07.2010
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera?Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari  bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang  berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya.     Lain-lain11.08.2008
Salam 1Bahasa, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa figuratif? Contoh ayat figuratif, bagaimana? 2. Ayat yang gramatis: Rakan-rakan guru diminta untuk menyalin nota itu. ATAU Rakan guru diminta untuk menyalin nota itu. Alasannya? 3. a) Sultan menamai tempat itu Melaka. (BETUL) b) Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu. (SALAH) (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan, halaman 394) Mohon penjelasan tentang perkara di atas. Terima kasih.

1. Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

2. Kedua-dua ayat boleh digunakan. Rakan-rakan bermaksud banyak rakan dan rakan bermaksud rakan. Ayat lebih gramatis ialah "Rakan-rakan guru diminta untuk menyalin nota."

3. Berdasarkan muka surat yang dinyatakan, kekeliruan berkaitan Frasa Kerja dengan Dua Objek. Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu.  Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Ayat ”Sultan menamai tempat itu Melaka”  mempunyai hanya satu objek  sahaja.  Bagi ayat kedua, ”Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu” merupakan ayat kurang gramatis kerana Melaka hanya berfungsi sebagai penerang kepada objek iaitu tempat itu dan tidak boleh dijadikan objek tepat.

Tatabahasa24.02.2013
salam sejahtera. Soalan saya : Adakah 'analogi' sebagai salah satu jenis bahasa figuratif? terima kasih.analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah  kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan).
Menurut istilah Kesusasteraan, analogi merupakan suatu kaedah penyelesaian masalah berasaskan bentuk ungkapan yang telah diketahui dengan yang belum diketahui. 2. Perbandingan di antara dua perkara atau keadaan yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tertentu.

Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

Saudara/saudari boleh menghubungi pakar atau pensyarah sastera di IPT bagi menjelaskan lagi persoalan ini. Saya cadangkan saudara/saudari boleh membaca Rencana fokus Dewan Sastera Oktober 2011 iaitu Bahasa Figuratif Pemanis Bicara oleh Zurinah Hassan untuk lebih memahami bahasa figuratif. Harap maklum.
Tatabahasa02.10.2012

Kembali ke atas