Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri; mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
imbas
Kata Terbitan : seimbas, imbas-imbas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
flashbackimbas kembaliKesenianDrama dan TeaterTeknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot kebelakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbualan.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan oleh pengarang cereka atau drama untuk menyajikan babak atau peristiwa yang berlaku terlebih awal daripada apa yang sedang terlaksana.
flashbackimbas kembaliKomunikasiTiadaTiada
flashbackimbas kembaliKejuruteraanTiadaTiada
analepsisanalepsisKesusasteraanTiadaImbas kembali yang mengisahkan peristiwa terdahulu dan mengganggu kronologi plot.
internal analepsisanalepsis dalamanKesusasteraanTiadaImbas kembali yang merujuk kepada peristiwa terdahulu dalam naratif dan mengganggu kronologi plot.
external analepsisanalepsis luaranKesusasteraanTiadaImbas kembali yang merujuk kepada peristiwa sebelum naratif bermula dan mengganggu kronologi plot.
rippleriakKomunikasiTiada1. Kesan visual yang terhasil pada skrin yang diperoleh secara elektronik. Teknik ini digunakan untuk mewujudkan kesan imbas kembali terutamanya dalam rancangan drama. 2. Kesan perubahan yang dilakukan kepada senarai suntingan yang telah disusun lebih awal. Sekiranya sesebuah rancangan perlu disunting semula, nombor kod masa yang baru iaitu yang merujuk kepada perubahan yang dibuat itu perlu dimasukkan ke dalam sistem.
in medias resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di pertengahan aksi atau plot, kemudian di berikan penerangan tentang permulaan aksi atau plot melalui teknik imbas kembali dan teknik eksposisi yang lain.
12

Kembali ke atas