Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bas.im.bas] | ايمبس٢

Definisi : hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
imbas
Kata Terbitan : seimbas, imbas-imbas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
QR Kod di dalam buku teks sejarah tahun 4 tidak lagi berfungsi. Contoh-contol URL selepas imbas QR Kod. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=2022 Di manakan boleh maklumat ini boleh didapati sekarang?Hasil semakan pihak kami, tiada masalah untuk mengakses kod QR dalam buku teks Sejarah Tahun 4 SK. Mohon kerjasama saudara untuk mencuba sekali lagi.Lain-lain15.07.2023
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)?Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu.  Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks:

1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window
2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box 
Makna27.04.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih.Teknik plot  atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.Sastera22.07.2013
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel?

Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat  seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti.

Lain-lain27.10.2010
Adakah betul bahasa Inggeris "flashback" diterjemahkan sebagai "imbasan"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah flashback ialah imbas kembali. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.02.2024
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014
Assalamualikum dan salam sejahtera. Adakah unsur suspens dimuatkan dalam karya itu bersifat teknik penceritaan? Terima kasihUnsur suspens dalam sesebuah karya akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Unsur ini merupakan teknik penceritaan selain daripada unsur kejutan, dialog, monolog, konflik, imbas kembali dan sebagainya yang akan menggerakkan sesebuah karya.Tatabahasa25.07.2013
Terima kasih atas maklum balas. Namun ada sedikit tambahan kepada soalan saya tersebut, adakah unsur suspens dimuatkan dalam karya itu bersifat teknik penceritaan? Terima kasih.Unsur ketegangan dalam sesebuah karya akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Unsur ini merupakan teknik penceritaan selain daripada unsur kejutan, dialog, monolog, konflik, imbas kembali dan sebagainya yang akan menggerakkan sesebuah karya.Sastera23.07.2013
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam.

Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Lain-lain08.02.2010
Untuk perpustakaan "on hold" - the book is "on hold". Untuk pengkomputeran "Browse"Cadangan terjemahan kami bagi "the book is on hold" ialah sama ada "buku itu sedang dalam perhatian" atau "buku itu ditangguhkan...". Walau bagaimanapun, terjemahannya bergantung pada konteks. Bagi "browse" dalam bidang komputer, istilah bahasa Melayunya ialah semak seimbas atau imbas/mengimbas.Istilah18.04.2009

Kembali ke atas