Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.ba.san] | ايمبسن

Definisi : imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.ba.san] | ايمبسن

Definisi : arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imbasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul bahasa Inggeris "flashback" diterjemahkan sebagai "imbasan"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah flashback ialah imbas kembali. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.02.2024
Assalamualaikum WBT, apakah padanan kata bagi teknik bacaan "skimming" dan "scanning"? Terima kasih.Padanan kata dalam bahasa Melayu bagi teknik bacaan skimming ialah bacaan selayang. Padanan untuk teknik scanning kami cadangkan bacaan imbasan dalam bahasa Melayu.Makna08.10.2021
Tuan, Terjemahan mana yang betul bagi "Last Treatment Visit", adakah "Lawatan Akhir Rawatan" atau "Lawatan Rawatan Akhir". Ayat penuh bagi penggunaan istilah ini adalah seperti berikut: "Jika penyertaan anda dalam Bahagian B kajian utama, TRCA-303, bersambung selama lebih daripada 36 bulan (3 tahun), imbasan keempat dan terakhir akan dijalankan pada Lawatan Akhir Rawatan jika ia belum dibuat dalam tempoh 2 bulan sebelumnya."

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi ayat Last Treatment Visit. Walau bagaimanapun, sekiranya bersesuaian dengan konsep, kami mencadangkan Janji Temu Rawatan Terakhir sebagai padanan untuk ayat tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan01.10.2019

Kembali ke atas