Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.ba.san] | ايمبسن

Definisi : imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.ba.san] | ايمبسن

Definisi : arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imbasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radioisotope scanimbasan radioisotopPerubatanTiadaImbasan tisu yang diperoleh berdasarkan pengukuran radioaktiviti sesuatu bahan radioaktif yang tersebar ke tisu berkenaan setelah bahan tersebut disuntikkan ke dalam tubuh.
acoustic scanningimbasan akustikPerikananTiadaKaedah mengesan ikan dengan menggunakan imbasan bunyi. Jumlah dan kedudukan ikan boleh ditentukan melalui pantulan imej sasaran. Kaedah ini sangat berguna untuk menilai kelimpahan stok ikan.
scanning gamma spectrometerspektrometer gama imbasanKejuruteraanTiadaSpektrometer yang digunakan untuk analisis amplitud denyut secara imbasan bagi output pengesan.
scanning probe lithographylitografi penduga imbasanFizikNanoteknologiKaedah litografi bagi menghasilkan corak bersaiz nanometer pada permukaan suatu bahan terutamanya bahan semikonduktor dengan menggunakan mikroskop penerowongan imbasan (STM) atau mikroskop daya atom (AFM). Corak ini dihasilkan apabila penduga yang bermata tajam mengimbas permukaan dengan menggores permukaan, melakukan pemanasan setempat atau melukis menggunakan dakwat bahan kimia tertentu. Kaedah ini diperlukan bagi menghasikan corak bersaiz di bawah skala 100 nm, yang tidak dapat dihasilkan oleh kaedah litografi optik atau kaedah yang lain.
skip distancejarak langkauTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak yang diukur pada permukaan imbasan antara indeks alur pada prob bersudut dan titik paksi alur bertembung dengan permukaan imbasan selepas satu pantulan pada permukaan yang bertentangan. Jarak langkau ini mempunyai dua keadaan, iaitu jarak langkau separuh dan jarak langkau penuh. Lihat juga jarak langkau separuh, jarak langkau penuh.
scanning frequencyfrekuensi imbasFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanFrekuensi pasa satu arah yang dibuat oleh bintik rakaman atau imbasan ke atas satu garis tetap dan serenjang kepada arah imbasan dalam satu sistem faksimili.
scanning probe microscopy (SPM)mikroskopi penduga imbasan (SPM)FizikNanoteknologiKajian terhadap suatu bahan menggunakan mikroskop yang dapat menghasilkan imej permukaan bahan menerusi alat penduga yang mengimbas permukaan bahan tersebut. Imej permukaan diperoleh menerusi pergerakan mekanik penduga atas permukaan bahan secara baris demi baris, sambil merakamkan saling tindakan penduga-permukaan sebagai fungsi kedudukan. Contoh mikroskop jenis ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Kedua-dua mikroskop ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer.
C-scanimbas-CTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSaiz ketakselanjaran dari bahan uji. Dalam imbas-C, satah imej adalah selari dengan corak imbasan prob. Pembentangan imbas-C dihasilkan melalui sistem pemerolehan data automatik menerusi sistem imbasan kawalan berkomputer. Get pengumpulan data dihasilkan melalui pemilihan isyarat pada imbas-A, dan amplitud atau masa perjalanan gelombang bunyi direkodkan pada selang masa tertentu ketika prob diimbas pada permukaan bahan uji.
silver glanceimbasan perakGeologiTiadaTiada
antimony glanceimbasan antimoniGeologiTiadaMineral berwarna kelabu plumbum yang mempunyai kilau logam bergemerlap, biasanya mengandungi emas dan perak, terdapat dalam bentuk masif dan dalam bentuk hablur ortorombus prima yang menunjukkan ira yang sangat sempurna, dan merupakan bijih antimoni yang utama Sb2S3.
123456789

Kembali ke atas