Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bu.han] | ايمبوهن

Definisi : 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.bu.han] | ايمبوهن

Definisi : 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imbuh
Kata Terbitan : mengimbuh, mengimbuhkan, imbuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IMBUHAN

Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri. Imbuhan perlu ditambah pada kata dasar untuk membentuk kata baharu atau kata terbitan.

BAHASAKonsep
SISIPANimbuhan yang disisipkan di dalam atau di tengah kata dasar untuk membentuk kata baru dengan makna baru dan fungsi baru.BAHASAKonsep
APITAN

Apitan ialah imbuhan yang diletakkan di awal dan di akhir kata dasar untuk menerbitkan kata baru dengan makna baru dan fungsi baru.

BAHASAKonsep
AKHIRAN

Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata dasar untuk menerbitkan kata baru dengan makna baru dan fungsi baru. Misalnya, kata dasar tulis apabila diimbuhkan dengan akhiran –an, diterbitkan kata tulisan dengan makna hasil penulisan dan berfungsi sebagai kata nama.

BAHASAKonsep
AWALAN

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata dasar untuk menerbitkan kata baharu dengan makna baharu dan fungsi baharu.

BAHASAKonsep
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU

PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu.

BAHASABahasa
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU

PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa.

BAHASABahasa

Kembali ke atas