Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Imej Encik Muhammad sebagai tokoh korporat Melayu dalam SBDKLHasan Baseri BudimanTunas Cipta1 June 2006
Imej Manusia dalam "Ayu Zahira Masih di sini"Sharif PuteraDewan Sastera1 April 2002
Imej Wanita dari Perspektif Azmah NordinMohd Hanafi IbrahimDewan Sastera1 April 2001
Imej Maskulin dalam Lady BossHaswida Abu BakarDewan Budaya1 November 2005
Imej budaya Melayu bandar SarawakSiti Zanariah Ahmad IshakDewan Budaya1 May 2008
Imej agensi kerajaan tercalarRejal ArbeeDewan Masyarakat1 December 2007
Imej bahasa MalaysiaHassan AhmadPelita Bahasa1 March 1989
Imej Malaysia melalui sukan SEAAminah HarunPelita Bahasa1 August 1989
Imej wanita tahap lama , harapan baruSidang editorDewan Masyarakat1 September 1988
Imej politikus dalam cereka Melayu moden MalaysiaA. Wahab AliJurnal Pengajian Melayu1 January 1996
12345678910

Kembali ke atas