Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
imejimageBayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik lain.Menengah Rendah
imejimageGambar objek yang sebenar dan dapat dilihat oleh mata melalui cermin atau kanta.Sekolah Rendah
imejimageBayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik yang lain.Menengah Atas
imej nyatareal imageImej yang boleh terbentuk di atas skrin.Menengah Atas
imej mayavirtual imageImej yang tidak boleh terbentuk di atas skrin.Menengah Atas
jarak imejimage distanceJarak antara imej dengan pusat kanta atau kutub cermin.Menengah Atas
pembesaranmagnificationNisbah saiz imej kepada saiz objek atau panjang imej kepada panjang objek.Menengah Atas
BelantikOrionSekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu. Lihat RajahSekolah Rendah
teleskoptelescopePeranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat RajahMenengah Rendah
kanta pembesarmagnifying glassKanta yang digunakan untuk menghasilkan imej maya yang kelihatan lebih besar daripada objek yang sebenar.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas