Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Imej-imej yang sukar dilupakanA. Wahab HamzahUtusan Malaysia20.02.1998
Imej-imej dalam kepala kitaAnwar, H. RosihanUtusan Malaysia18.08.1994
Penyair Melayu mesra dengan imej-imej alamAhmad Kamal AbdullahBerita Minggu07.09.1980
Imej Malaysia adalah imej MelayuSahbulah Darwi dan Arshad KhanUtusan Malaysia03.05.2008
Imej wanita dan imej orang asing dalam novel Melayu dan KoreaChung Young RhimUtusan Borneo20.10.1995
Imej antagonis dalam 'Bahtera Emas Lapis Suasa'Amirul Annuar AbidinUtusan Malaysia26.06.2008
Imej dari GerabakFudzailBerita Minggu18.03.2007
Imej dari gerabakFudzailBerita Minggu04.02.2007
Imej bercampur dan boros kata-kataImlan AdabiBacaria13.12.1987
Imej alam sebagai unsur yang dominan dalam pantunMoechtar AwangUtusan Zaman07.08.1988
12345678910...

Kembali ke atas